Dota 2 Tempatan

Pemain Singapura, Meracle Sertai Pasukan Mushi Dan Ohaiyo

8 bulan lalu

Pemain Singapura, Meracle Sertai Pasukan Mushi Dan Ohaiyo

Pada penghujung tahun lalu, untuk cuba melayakkan diri ke kejohanan DPC pada musim ini, dua pemain lagenda tempatan, Mushi dan Ohaiyo telah kembali bersatu di dalam pasukan Brothers United.

Namun begitu, mereka gagal melayakkan diri ke kejohanan DPC. Terkini, bagi pusingan kelayakkan kejohanan ESL One Los Angeles, pasukan tersebut telah melakukan beberapa perubahan. Pertama sekali, pasukan tersebut kini dikenali sebagai Team IO. Kemudiannya, seorang lagi pemain tempatan yang membarisi pasukan Brothers United dahulu, Ng “YamateH” Wei Poong kini telah digantikan dengan pemain berasal dari Singapura, Galvin “Meracle” Kang Jian Wen.

Baki pasukan IO yang lainnya kekal seperti sebelum ini. Berikut adalah senarai penuh barisan pemain pasukan ini:

  1. Galvin “Meracle” Kang Jian Wen
  2. Benhur “Benhur” Lawis
  3. Ryan “Bimbo” Jay Qui
  4. Khoo “Ohaiyo” Chong Xin
  5. Chai “Mushi” Yee Fung

Foto: DotaBlast

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments