Tempatan

Pemain Permainan Video Di Malaysia Belanja Lebih 2.7 Billion Ringgit Pada Tahun 2019

31/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pemain Permainan Video Di Malaysia Belanja Lebih 2.7 Billion Ringgit Pada Tahun 2019

Bacaan: < 1 minit

Syarikat analitik dan pemahaman pasaran permainan, Newzoo telah melancarkan sebuah artikel membicarakan perihal pasaran permainan di Malaysia dan pemain video tempatan.

Menurut Newzoo, sebagai sebuah pasaran permainan paling besar di Asia Tenggara dengan lebih 20.1 juta orang pemain permainan video, mereka ini membelanjakan lebih RM 2.7 bilion (USD 673 juta) pada tahun 2019 lalu. Kandungan selebihnya artikel ini kemudiannya memfokuskan kepada masyarakat dalam talian di bandar-bandar utama di negara ini, memperlihatkan trend semasa dunia permainan video tempatan.

Sebagai permulaan, 75% masyarakat urban dalam talian di Malaysia meluangkan masa bermain di peranti mudah alih. Namun begitu, majoriti pemain turut bermain di plaform PC dan konsol dengan masing-masing mempunyai peratusan pemain sebanyak 66% dan 55%.

Tambah menarik lagi, data yang dikongsikan oleh Newzoo memperlihatkan rakyat Malaysia tidak lokek membelanjakan wang bagi membeli item di dalam permainan. Bagi separuh kedua tahun 2019, 87% pemain telah membeli sesuatu di dalam permainan dengan kebanyakkan dari mereka membeli item ‘power-up‘.

Perkara ini bertambah jelas apabila 50% daripada pemain yang berbelanja ini juga meluangkan masa bermain permainan Candy Crush Saga dan 46% bermain Candy Crush Soda Saga sepanjang tempoh 6 bulan tersebut.

Walau bagaimanapun, genre permainan paling popular adalah strategi yang diterajui permainan Mobile Legends: Bang Bang. Bgai tempoh yang sama, 35% masyarakat urban dalam talian di Malaysia memainkannya. Genre ini dimainkan di peranti mudah alih (38%), PC (38%), dan di laman web permainan-casual dan sosial media (32%).

Tidak hanya bermain, majoriti populasi ini iaitu 61% dari mereka turut meluangkan masa mereka menonton kandungan permainan video. Malah, 7% daripada jumlah penonton ini kerap menonton kandungan permainan video namun hanya meluangkan kurang sekali setiap bulan bagi bermainan permainan video.

Sumber: Newzoo