Dota 2

MidOne Dan Saksa Melengkapkan Skuad Dota 2 OG Esports

10 bulan lalu

MidOne Dan Saksa Melengkapkan Skuad Dota 2 OG Esports

OG Esports baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka kehilangan tiga orang pemain bagi pasukan Dota 2 mereka. Ceb memilih untuk tidak menjadi pemain aktif dan beraksi membantu pasukan di latar, Ana memilih untuk berehat sehingga musim hadapan dan JerAx memilih untuk bersara dari dunia kompetitif.

Di tayangan perdana dokumentari True Sight semalam, OG telah mendedahkan pemain baharu pertama mereka iaitu Sumail. Bekas pemain mid bagi pasukan EG itu akan mengantikan posisi Ana sebagai pemain posisi pertama pasukan iaitu carry.

Hari ini, di acara ‘OG Night’ yang dianjurkan bersama dengan Red Bull Gaming, OG mengumumkan baki dua orang pemain baharu mereka iaitu Saksa dan MidOne. Saksa akan menjadi pemain soft-support di posisi ke-4 pasukan.

Bekas pemain mid bagi pasukan Secret, MidOne pula akan turut berubah posisi di dalam pasukan baharu ini. MidOne akan meninggalkan posisi mid dan kini bertanding sebagai pemain offlane.

Dilimpahi pemain berbakat, perubahan posisi dan sejarah persaingan yang amat menarik, perlawanan pasukan OG Esports ini kelak pasti akan menjadi tumpuan ramai.

OG Esports:

  1. Sumail “Suma1L” Hassan
  2. Topias “Topson” Taavitsainen
  3. Yeik “MidOne” Nai Zheng
  4. Martin “Saksa” Sazdov
  5. Johan “N0tail” Sunsdtein
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments