Liga Overwatch

Berikutan Wabak Koronavirus, Liga Overwatch Batal Perlawanan Di China

30/01/2020

Berikutan Wabak Koronavirus, Liga Overwatch Batal Perlawanan Di China

Pada musim ini, Liga Overwatch akan memulakan sistem perlawanan rumah/lawan mereka di peringkat global melibatkan beberapa kota di serata dunia.

Antara kota tersebut adalah Shanghai, rumah kepada pasukan Shanghai Dragons, Foshan bagi pasukan Guangzhou Charge dan Hangzhou yang merupakan rumah kepada pasukan Hangzhou Spark. Oleh kerana wabak Koronavirus yang melanda negara China pada ketika ini, pihak Liga Overwatch kini mengumumkan bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di ketiga-tiga kota tersebut pada bulan Februari dan March ini, kini telah dibatalkan.

Keputusan ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pemain mereka, peminat dan staf yang terlibat. Mengakhiri kenyataan yang dikeluarkan, mereka akan berkongsikan lokasi dan masa perlawanan baharu selepas ia diputuskan kelak.