Dota 2

Raja Sertai Lagenda – Sumail Sah Menyertai Skuad Dota 2 OG Esports

10 bulan lalu

Raja Sertai Lagenda – Sumail Sah Menyertai Skuad Dota 2 OG Esports

Selepas menamatkan kejohanan The International 2019 lalu di tempat 5/6 bersama dengan pasukan Evil Geniuses, Syed Sumail “SumaiL” Hassan telah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari pasukan tersebut dan menyertai pasukan abangnya iaitu Quincy Crew.

Namun kurang sebulan bersama dengan pasukan baharu ini, beliau kembali menjadi agen bebas dan menyepi dari dunia kompetitif Dota 2. Menjelang bermulanya siri ketiga kejohanan DPC tidak lama lagi, Sumail kini telah mempunyai rumah baharu untuk kembali bertanding iaitu bersama-sama dengan juara dunia semasa iaitu OG Esports.

OG Esports baru-baru ini mengumumkan bahawa pasukan tersebut menerima rombakan besar dimana Ana memilih untuk berehat seketika, Ceb turun dari pemain aktif dan JerAx bersara dari menjadi pemain.

Penambahan Sumail ini diumumkan di pengakhiran acara tayang perdana dokumentari True Sight yang berlangsung hari ini. OG Esports juga akan emngadakan acara khas esok hari bersama dengan Red Bull Gaming. Di acara ‘OG Night‘ tersebut, mereka akan berinteraksi dengan para peminat menjawab segala persoalan dan juga melakukan pengumuman khas berkaitan dengan hala tuju mereka selepas ini. OG juga dijangka akan mengumumkan baki pemain baharu mereka di acara ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments