League of Legends Tempatan

LoL Pacific Championship Series Ditangguhkan Berikutan Wabak Koronavirus

29/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

LoL Pacific Championship Series Ditangguhkan Berikutan Wabak Koronavirus

Bacaan: < 1 minit

Liga League of Legends Pacific Championship Series (PCS) yang sepatutnya bermula pada 8 Februari ini kini akan ditangguhkan berikutan dengan wabak Koronvirus di China.

Keputusan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pemain, pasukan dan staf yang terlibat. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keputusan ini juga diambil kerana terdapat staf paskan dan staf pihak pengurusan yang terlibat dengan pengantungan perjalanan yang dilakukan kerajaan bagi membendung wabak tersebut.

Pihak pengurusan memaklumkan mereka akan berkongsikan mengenai kemasini berkaitan dengan penjadualan liga kelak selepas keadaan bertambah baik kelak.