Dota 2

Lalui Momen OG Cipta Sejarah Di TI9 Di Dalam Episod Baharu Dokumentari True Sight

29/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Lalui Momen OG Cipta Sejarah Di TI9 Di Dalam Episod Baharu Dokumentari True Sight

Bacaan: < 1 minit

Pada bulan Ogos 2019 yang lalu OG Esports menjadi pasukan pertama di dalam sejarah Dota 2 berjaya menjulang Aegis of Champions sebanyak dua kali secara berturut-turut dengan barisan pemain yang sama.

Mereka menewaskan pasukan Liquid di perlawanan akhir kejohanan dengan keputusan akhir 3-1. Kini, selang beberapa bulan, anda boleh melalui momen berlansungnya perlawanan tersebut dan segala yang terjadi di latar di dalam episod terbaru siri dokumentari True Sight.

Segala perbincangan, perbualan semasa perlawanan boleh dinikmati menerusi dokumentari berdurasi 1 jam dan 22 minit ini.