Esukan Pro Evolution Soccer Tempatan

eGG Network Akan Menyiarkan Pusingan Akhir Kejohanan Piala Presiden Esports 2020

8 bulan lalu

eGG Network Akan Menyiarkan Pusingan Akhir Kejohanan Piala Presiden Esports 2020

eGG Network, saluran televisyen yang memfokuskan kepada arena permainan dan esukan mendedahkan bahawa mereka akan menjadi penyiar rasmi bagi pusingan akhir kejohanan Piala Presiden Esports 2020.

Piala Presiden Esports 2020 merupakan sebuah kejohanan esukan yang dianjurkan Indonesia Esports Premier League dan beberapa pihak lainnya di Indonesia. Kejohanan ini mempertandingkan empat buah permainan iaitu Free Fire, eFootball PES 2020, Mobile Premier League dan sebuah permainan oleh pembangun tempatan Indonesia.

Malaysia akan menghantar wakil bagi dua permainan iaitu Free Fire dan e Football PES 2020 bagi merebut hadiah keseluruhan kejohanan berjumlah 1.5 bilion Rupiah. Pasukan Argon MY dan HighQuality MY akan menjadi wakil Malaysia bagi permainan Garena Free Fire, manakala Norhaikal Md Noh dan Muhammad Syah Ali menjadi wakil bagi permainan eFootball PES 2020.

Para peminat yang mahu mengikuti perjalanan mereka di kejohanan in kelak boleh menonton di saluran eGG Network (Astro CH800) pada 1 dan 2 Februari bermula pada pukul 1 petang.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments