Dota 2

Cloud9 Kembali Ke Arena Kompetitif Dota 2

29/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Cloud9 Kembali Ke Arena Kompetitif Dota 2

Bacaan: < 1 minit

Kelibat Cloud9 di arena Dota 2 kali terakhir dilihat di kejohanan The International 2017. Menamatkan kejohanan tersebut di kedudukan ke-13/16, pasukan it dibubarkan sejurus tamat kejohanan.

Selepas dua tahun berlalu, mereka kini bersedia untuk kembali bertarung merebut Aegis of Champions dengan mengumumkan barisan pemain baharu skuad Dota 2 mereka. Berikut adalah para pemain skuad baharu Dota 2 Cloud9:

  • Rolen ‘skem’ Ong
  • Jia Hao ‘vtFaded’ Cheng
  • Rasmus ‘MISERY’ Filipsen
  • Francis ‘FLee’ Lee
  • Johan ‘pieliedie’ Åström

Dua pemain diatas jga sudah tidak asing lagi dengan organisasi Cloud9 kerana pernah bermain bagi pasukan ini dimasa dahulu. Selain itu, seorang pemain berasal dari Malaysia, vtFaded juga akan membarisi skuad baharu ini.

Di dalam pengumuman rasmi yang dilakukan oleh Cloud9, mereka memaklumkan bahawa skuad ini akan bermain di rantau Asia Tenggara bagi permulaan ini namun akan berpindah ke Amerika Utara, rantau rumah organisasi tersebut.