Dota 2 Esukan

Lagenda Dota 2, Dendi Menubuhkan Organisasi Esukan Tersendiri, ‘B8’

8 bulan lalu

Lagenda Dota 2, Dendi Menubuhkan Organisasi Esukan Tersendiri, ‘B8’

Pemain lagenda dan wajah kepada permainan Dota 2, Danil “Dendi” Ishutin hari ini mengumumkan penubuhan organisasi tersendiri milik beliau iaitu B8 (B8 Esports).

Pemenang bagi kejohanan sulung The International itu mengumumkan penubuhan ini menerusi sebuah video khas bertajuk ‘ The Golden Years’ yang diterbitkan oleh beliau. Di dalam video tersebut, Dendi melakonkan dirinya di usia tua menemani cucunya memancing ikan. Di akhir video tersebut, beliau mengucapkan ‘It’s never too late to comeback‘ menandakan permulaan baharu karier beliau.

Pada ketika ini, tidak banyak perincian mengenai organisasi baharu ini didedahkan dan B8 berkata bahawa mereka akan berkongsikan lebih banyak maklumat mengenainya di dalam masa terdekat kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments