League of Legends Tempatan

Format Dan Jadual Bagi Liga LoL Pacific Championship Series (PCS) Diumumkan

28/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Format Dan Jadual Bagi Liga LoL Pacific Championship Series (PCS) Diumumkan

Bacaan: < 1 minit

Liga kompetitif baharu bagi League of Legends di Asia Tenggara bakal bermula pada 8 Februari ini dengan 10 pasukan dari Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong menyertainya.

Liga ini mengantikan LoL Southeast Asia Tour yang berlangsung pada tahun lalu dan terkini, format dan jadual liga serba baharu telah pun diumumkan. Musim tetap LoL Pacific Championship Series (PCS) akan bermula pada 8 Februari ini dan akan berterusan sehingga 3 Mei. Musim tetap ini akan dilangsungkan setiap hari Sabtu dan Ahad menggunakan format tanding padan gilir ganda dengan format perlawanan terbaik dari satu perlawanan (BO1).

Jadual penuh musim tetap boleh diakses di pautan ini.

Setiap pasukan akan bertemu kesemua pasukan lain sebanyak dua kali sepanjang musim tetap ini berlangsung. Lapan pasukan terbaik dari musim tetap ini kemudiannya akan mara ke pusingan akhir. Pusingan akhir akan menggunakan format kalah mati dua kali. Pemenang liga bagi musim ini akan menjadi wakil rantau ke kejohanan Mid-Season Invitational 2020.

Pihak penganjur juga akan melancarkan laman web rasmi bagi memaparkan perincian liga tidak lama lagi. Sementara itu, Kesemua 10 pasukan bertanding telah pun didedahkan dengan slot terakhir menjadi milik Malaysia dengan sebuah pasukan baharu iaitu Berjaya Dragons. Mereka akan bertemu dengan pasukan Singapura, Resurgence bagi perlawanan pertama mereka pada 8 Februari depan.

Berikut adalah barisan pemain bagi pasukan Berjaya Dragons:

  1. Bush
  2. Enso
  3. Minji
  4. Maoan
  5. K2
  6. Pocky