Dota 2

Team Secret Mendominasi Kejohanan DreamLeague S13: The Leipzig Major – Bawa Pulang Kejuaraan

27/01/2020

Team Secret Mendominasi Kejohanan DreamLeague S13: The Leipzig Major – Bawa Pulang Kejuaraan

Leipzig Major merupakan kejohanan DPC pertama bagi Team Secret selepas mereka melangkau siri pertama kejohanan DPC musim ini.

Namun begitu, mereka membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan kelas pertama dan kekurangan latihan tidak bertanding pada kejohanan Major pertama bukanlah masalah besar apabila mereka mendominasi kejohanan DreamLeague Season 13: The Leipzig Major.

Di kejohanan ini, Team Secret memenangi kesemua siri perlawanan mereka dan hanya tewas 4 perlawanan dengan 2 daripadanya adalah di perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung penuh 5 perlawanan.

Di perlawanan akhir tersebut, Team Secret bertemu dengan pasukan Evil Geniuses. EG memberikan saingan sengit kepada Team Secret di perlawanan akhir tersebut, memaksa kelima-lima perlawanan dilangsungkan. Hasrat EG untuk memperoleh gelaran juara Major pertama mereka menemui kegagalan selepas bagaikan hilang arah di perlawanan kelima, menghadiahkan kejuaraan kepada Team Secret.

Team Secret membawa pulang hadiah sejumlah USD300,000 dan 4,850 mata DPC meletakkan mereka di tangga ketika papan pendahulu DPC dibawah TNC Predator dan Vici Gaming yang mempunyai lebih banyak mata kerana tidak melangkaui siri pertama DPC tempoh hari.

Sumber: Liquipedia

Sumber: DreamLeague (DreamHack)