Dota 2

OG Esports – Ana Berehat Sehingga Musim Hadapan, Jerax Bersara

6 bulan lalu

OG Esports – Ana Berehat Sehingga Musim Hadapan, Jerax Bersara

Selepas melangkau dua siri kejohanan pertama musim ini, juara dunia Dota 2, OG Esports mengesahkan mereka bakal kembali bertanding dan cuba melayakkan diri ke kejohanan Major ketiga musim ini.

Namun begitu, kembalinya pasukan ini kelak akan membawakan perubahan besar apabila mereka kehilangan dua orang pemain. Dota 2 bagaikan kerja sambilan, Anathan “ana” Pham seperti musim lepas sekali lagi mengumumkan bahawa beliau akan berehat dari dunia kompetitif Dota 2 dan hanya akan kembali semula pada musim hadapan.

Seorang lagi pemain OG, Jesse “JerAx” Vainikka pula mengumumkan bahawa beliau kini telah bersara sebagai pemain profesional. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, JerAx berkata bahawa tekanan dan corak hidup pemain profesional adalah antara punca beliau mengambil keputusan ini.

Beliau tidak lagi merasakan bahawa usaha keras yang perlu dilakukan saban musim sebagai pemain membawakan kegembiraan kepadanya. Beliau tidak lagi mempunyai semnagat untuk meneruskan kerjaya ini dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang lain.

Kedua-dua pemain ini dan OG Esports berjaya mencipta kejutan musim lalu apabila mereka berjaya menjadi pasukan pertama menjadi juara kejohanan The International bagi dua edisi dan secara berturut-turut dengan senarai pemain yang sama. Dengan hilangnya kedua pemain ini, para peminat yang berharap agar OG Esports mungkin akan berjaya mencipta hatrik musim ini dengan barisan pemain yang sama kini perlu menamatkan impian mereka.

Pada ketika ini, penganti bagi kedua-dua pemain ini masih lagi tidak diumumkan. Mungkin khabar angin bahawa Midone akan menyertai OG tempoh hari adalah benar atau mungkin Sumail yang masih tidak mempunyai pasukan akan dipilih. Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, Red Bull Gaming yang juga merupakan penaja utama OG Esports hadir dengan episod terbaru bagi siri dokumentari esukan mereka iaitu ‘Esports Unfold’ berkisahkan tentang JerAx. Episod terbaru ini boleh ditonton di laman web rasmi mereka disini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments