Liga Call of Duty Liga Overwatch

Liga Overwatch, Liga COD, Hearthstone Akan Disiarkan Secara Eksklusif Di Youtube

Diterbitkan: 25/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Liga Overwatch, Liga COD, Hearthstone Akan Disiarkan Secara Eksklusif Di Youtube

Bacaan: < 1 minit

Liga Call of Duty telah bermula hari ini dan bersama-sama dengannya, Activision Blizzard dan Google telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian berbilang tahun bagi hak penyiaran eksklusif liga esukan Activision Blizzard di Youtube.

Ini adalah melibatkan acara seperti Liga Overwatch, Liga Call of Duty, acara esukan Hearthstone Masters dan Grandmasters, World of Warcraft Mythic Dungeon International dan Arena World Championship. Perjanjian ini juga meliputi penggunaan infrastruktur dan teknologi Google Cloud termasuklah teknologi kecerdasan buatan, analitik dan rangkaian premium mereka.

Kedua-dua pihak pada ketika ini tidak mendedahkan nilai perjanjian yang telah ditandatangani mereka. Youtube pada kebelakangan ini telah meningkatkan usaha mereka memperbaiki ruangan permainan dan penstriman langsung mereka dengan menambah baik perkhidmatan tersebut dan menandatangani perjanjian eksklusif bersama dengan penstrim popular.

Foto: Chicago Huntsmen