Esukan

Fnatic Mengumumkan Identiti Baharu Yang Lebih Ringkas Dan Tegas

1 tahun lalu

Fnatic Mengumumkan Identiti Baharu Yang Lebih Ringkas Dan Tegas

Bersempena dengan dekad baharu, beberapa organisasi esukan telah mengadakan pembaharuan pada jenama mereka seperti Evil Geniuses, North dan PSG.LGD.

Organisasi terbaru yang menyertai trend ini adalah Fnatic, salah sebuah organisasi esukan paling berjaya di dunia. Fnatic hari ini mempamerkan logo baharu mereka yang kini lebih ringkas dan kemas. Logo tersebut juga kini dihiasi dengan warna jingga yang tona yang lebih gelap berbanding warna jingga sebelum ini.

Logo baharu ini adalah lebih simetrikal dan mempunyai sudut yang lebih tajam. Bersama-sama dengan logo baharu ini, Fnatic juga memperkenalkan jersi baharu dengan dua jenis rekaan iaitu jingga dan hitam, warna utama mereka.

Baca Juga :   NiP Kembali Ke League of Legends EU LCS

Berbanding dengan pembaharuan logo seperti Evil Geniuses yang meninggalkan rekaan ikonik mereka kepada rekaan muka taip, pembaharuan logo Fnatic ini tidak begitu drastik dan mempunyai rekaan yang tidak jauh berbeza dengan rekaan asal mereka, tidak menjanggalkan para peminat mereka terutamanya dengan sejarah 15 tahun mereka berada di dalam industri esukan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments