CSGO

ESL Dedah 24 Pasukan Jemputan Dan Perincian Mengenai Format Baharu ESL Pro League Musim Ke-11

25/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

ESL Dedah 24 Pasukan Jemputan Dan Perincian Mengenai Format Baharu ESL Pro League Musim Ke-11

Bacaan: < 1 minit

Musim ke-11 bagi ESL Pro League membawakan perubahan besar kepada liga tersebut dimana ia kini menggunakan format pertandingan serba baharu melibatkan 24 pasukan jemputan.

Bagi tempoh 4 minggu, kesemua 24 pasukan akan menjalani musim tetap liga secara LAN di studio sebelum beralih ke arena bagi pusingan akhir liga. Dengan ini juga, siri kejohanan ESL Pro Tour tidak akan dilangsungkan bagi sepanjang musim liga ESL Pro League.

ESL turut mendedahkan bahawa pasukan-pasukan lain di musim ke-10 lalu yang tidak dijemput menyertai musim ke-11 ini boleh melayakkan diri ke musim ke-12 kelak melalui kejohanan Mountain Dew League atau melalui ranking dunia ESL yang diperkenalkan tidak lama dahulu.

Berikut adalah 24 pasukan yang telah menerima jemputan ke ESL Pro League Musim Ke-11.

Layari: ESL Pro League