Rocket League Bakal Menamatkan Sokongan Bagi macOS Dan Linux
Psyonix, pembangun bagi permainan Rocket League telah mengumumkan bahawa mereka bakal menamatkan sokongan permainan tersebut bagi platform macOS dan Linux (Steam OS).
Kemaskini terakhir bagi kedua-dua platform berkenaan akan hadir pada bulan Mac depan. Kemaskini ini akan menamatkan fungsi-fungsi dalam talian permainan tersebut seperti permainan dalam talian dan pembelian dalam talian.
Para pembeli yang bermain di platform ini boleh memohon pembayaran balik dengan menghubungi khidmat pelanggan Psyonix.