Legends of Runeterra

Riot Games Memulakan Ujian Beta Terbuka Bagi Permainan Legends of Runeterra Di PC Kecuali Di Asia Tenggara

10 bulan lalu

Riot Games Memulakan Ujian Beta Terbuka Bagi Permainan Legends of Runeterra Di PC Kecuali Di Asia Tenggara

Riot Games hari ini secara rasminya menamatkan era ‘sebuah permainan’ sahaja studio tersebut dengan bermulanya ujian beta terbuka bagi permainan terbaru mereka iaitu Legends of Runeterra.

Legends of Runeterra merupakan sebuah permainan kad digital. Ia boleh dimuat-turun dan dimainkan secara percuma. Permainan ini berada di alam semesta yang sama dengan permainan League of Legends.

Para pemain yang telah melakukan pra pendaftaran awal kini boleh memuat-turun dan memainkan permain tersebut bagi plafform PC. Namun begitu, para pemain bagi pelayan Asia Tenggara tidak boleh menyertai ujian beta terbuka ini. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Riot Games bakal mengendalikan kesemua permainan baharu mereka di pelayan Asia Tenggara selepas ini.

Ini termasuklah permainan League of Legends: Wild Rift, dan Teamfight Tactics Mobile. Kesemua permainan baharu ini memerlukan pemain menggunakan akaun Riot Games dan tidak menyokong akaun Garena yang digunakan oleh pemain di Asia Tenggara.

Para pemain di Asia Tenggara juga masih lagi tidak boleh mendaftar akaun Riot Games pada ketika ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments