Dota 2

Pemain Berasal Dari Indonesia, Whitemon Mengantikan DuBu di Pasukan Dota 2 Geek Fam

24/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pemain Berasal Dari Indonesia, Whitemon Mengantikan DuBu di Pasukan Dota 2 Geek Fam

Bacaan: < 1 minit

Geek Fam, pasukan Dota 2 berpengkalan di Malaysia kini mengumumkan perubahan pemain di dalam pasukan itu.

Selepas menamatkan kejohanan WePlay! Bukovel Minor 2020 tempoh hari di kedudukan ketiga, Geek Fam mengumumkan bahawa Kim ‘DuBu’ Doo-young telah digantikan dengan pemain berasal dari Indonesia iaitu Matthew ‘Whitemon’ Filemon.

Whitemon menyertai rakan senegara Xepher dan tiga lagi pemain berasal dari Filipina iaitu Kuku, Raven dan Karl menjadikan Geek Fam kini dibarisi sepenuhnya pemain Asia Tenggara.