Dota 2

Starladder Akan Menganjurkan Kejohanan Dota 2 Minor Ketiga Musim Ini Di Kiev

Diterbitkan: 23/01/2020 (Kemaskini: 26/02/2020) < 1 minit bacaan

Penulis:

Starladder Akan Menganjurkan Kejohanan Dota 2 Minor Ketiga Musim Ini Di Kiev

Bacaan: < 1 minit

Kiev (kyiv) sekali lagi bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan Dota Minor apabila Starladder mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bagi kejohanan Minor ketiga musim ini.

Berpasangan dengan kejohanan Major, ESL One Los Angeles 2020, StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor 2020 akan berlangsung pada 5 sehingga 8 Mac (masa/waktu tempatan) di Kiev Cybersport Arena. Pusingan kelayakan bagi kejohanan ini pula akan dilangsungkan pada 14 dan 15 Februari ini.

Berikut merupakan pembahagian hadiah bagi kejohanan ini:

  • Juara : USD72,000, 140 mata DPC dan slot ke ESL Major
  • Naib-juara : USD60,000 (120 mata DPC)
  • Ketiga : USD54,000 (110 mata DPC)
  • Keempat : USD42,000 (90 mata DPC)
  • Ke-5/6 : USD24,000 (60 mata DPC)
  • Ke-7/8 : USd12,000 (40 mata DPC)