Mobile Legends

Senarai Pasukan Jemputan Bagi MPL MY/SG Musim Ke-5 Diumumkan

17/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Senarai Pasukan Jemputan Bagi MPL MY/SG Musim Ke-5 Diumumkan

Bacaan: < 1 minit

Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL MY/SG) akan memulakan musim kelima mereka tidak lama lagi. Pencabar baharu akan tiba melalui pusingan kelayakan yang akan bermula tidak lama lagi dan pasukan jemputan dari musim ke-empat akan kembali bertanding, sama-sama mencari peluang menjadi juara musim ini.

Moonton sealku pembangun dan penganjur bersama liga hari ini telah berkongsikan senarai pasukan jemputan bagi musim kelima ini. Para pasukan jemputan ini telah disahkan oleh Moonton mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus pemain (3 orang pemain) mereka dari musim sebelum ini, dan layak menerima jemputan tersebut.

Sebanyak 4 pasukan dari Malaysia dan sebuah pasukan dari Singapura telah menerima jemputan tersebut. Juara musim ke-4, pasukan Evos Esports SG menjadi pasukan jemputan pertama dan sat-satunya dari Singapura. Ini adalah kerana dua lagi pasukan Singpura yang menamatkan musim lalu dikedudukan baik iaitu pasukan Resurgence tidak berjaya mengekalkan peratus pemain mereka manakala pasukan Notorious Villains telah dibubarkan.

Evos akan disertai baki empat pasukan dari Malaysia iaitu Todak (naib juara musim 4), Axis Esports, Geek Fam dan Team Bosskurr. Bagi pusingan kelayakan pula, Malaysia akan menerima dua slot manakala Singapura menerima tiga slot menjadikan jumlah pasukan bertanding keseluruhannya ialah 10 pasukan.