League of Legends

Sett, Champion Terbaru League of Legends Kini Tiba Ke Pelayan Umum

15/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Sett, Champion Terbaru League of Legends Kini Tiba Ke Pelayan Umum

Bacaan: < 1 minit

Karekter terbaru bagi permainan League of Legends, Sett kini boleh dimainkan umum. Seperti mana karekter dari kelas Juggernaut lainnya, Sett merupakan Champion dengan stail pertarungan melee dan mampu menerima lebih banyak serangan berbanding kelas lainnya.

Sett diberi gelaran sebagai “The Boss” hasil daripada peribudaya beliau yang merupakan individu yang menjalankan rumah pertarungan di Ionia. Beliau menewaskan kesemua petarung tempatan bagi memperoleh kedudukan tersebut.

Dari segi kit yang hadir bersamanya pula, Sett mempunyai serangan asas yang digelar sebagai The Grit dimana serangan dari tangan kiri dan kanan adalah berbeza. Serangan dari tangan kanan beliau mempunyai kuasa tambahan dan lebih pantas berbanding serangan biasa dari tangan kiri.

Sett juga mempunyai keboleh untuk menyimpan serangan yang diterima sebagai sumber tenaga. Ini kemudiannya boleh digunakan sebagai serangan berjarak dimana lawan akan menerima serangan fizikal dan true damage sekiranya mereka berada di tengah-tengah sasaran.

Bagi serangan Ultimate pula, Sett akan meragut musuhnya, membawa mereka 400 unit ke hadapan dan kemudiannya menghempaskan musuh tersebut ke tanah dan memberikan kecederaan fizikal kepada semua musuh di kawasan tersebut dan memperlahankan pergerakan mereka. Kit lengkap Sett boleh dibaca di laman ini.