Mobile Legends

Pusingan Kelayakan Bagi MPL MY/SG Musim ke-5 Akan Bermula Pada 20 Januari Ini

15/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pusingan Kelayakan Bagi MPL MY/SG Musim ke-5 Akan Bermula Pada 20 Januari Ini

Bacaan: < 1 minit

Mobile Legends Professional League – MPL MY/SG adalah liga esukan paling berjaya di Malaysia. Ia kini bakal memulakan musim ke-5 tidak lama lagi dan berikut adalah tarikh penting bagi anda yang berminat untuk mencuba melayakkan diri menyertainya.

Menawarkan hadiah sebesar USD100,000, Moonton mendedahkan bahawa pusingan kelayakan bagi musim ke-5 ini akan bermula pada 20 Januari ini. Namun begitu, mereka masih lagi belum bersedia untuk mendedahkan perincian lengkap mengenai musim ke-5 ini.

Nantikan perkembangan terbaru mengenai pusingan kelayakan ini dan perincian lengkap musim ke-5 kelak.

Daftar: MPL MYSG S5 Qualifier