League of Legends

Dua Champion Baharu Akan Tiba Di Musim Panas 2020 Bersama Dengan Acara Khas

15/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Dua Champion Baharu Akan Tiba Di Musim Panas 2020 Bersama Dengan Acara Khas

Bacaan: < 1 minit

Sett, champion terbaru League of Legends baru sahaja dilancarkan kepada umum dan bergerak pantas, Riot Games mengumumkan bahawa dua karekter yang sedang menerima kemaskini, Fiddlesticks dan Volibear akan tiba tidak lama lagi.

Pada video terbaru yang membincangkan pelan mereka bagi tahun 2020, selain daripada pengenalan semula kedua champion tersebut, Riot Games akan turut memperkenalkan dua champion baharu pada musim panas kelak.

Dua karekter baharu ini akan diperkenalkan bersama-sama dengan sebuah acara khas yang akan diadakan pada musim panas tersebut.