Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Android Dan iOS Pada Pertengahan Mac Depan

14/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Android Dan iOS Pada Pertengahan Mac Depan

Bacaan: < 1 minit

Pada video pembangun terbaru yang diterbitkan oleh Riot Games, mereka kini mengesahkan bahawa permainan Teamfight Tactics (TFT) bagi peranti mudah alih iaitu bagi platform Android dan iOS akan dilancarkan sekitar pertengahan bulan Mac 2020 hadapan.

Mereka mengumumkan bahawa pelancaran ini akan dilakukan bersama-sama dengan pengenalan kepada set ketiga permainan itu. Bagi set ketiga ini, Riot Games dilihat akan menggunakan tema alam semesta seperti bintang, angkasa dan pelbagai lagi aspek berkaitan dengannya.

Namun begitu, berbanding dengan video yang dimuatnaik di saluran rasmi League of Legends, video yang dimuatnai oleh Garena MY/SG telah memotong keluar pengumuman ini. Ini dilihat adalah kerana walaupun TFT versi PC dan mudah alih ini menyokong fungsi rentas platform, para pemain bagi pelayan Asia Tenggara tidak akan menerima fungsi tersebut.

TFT versi PC akan kekal diuruskan oleh Garena manakala TFT versi mudah alih akan diuruskan sendiri oleh Riot Games seperti mana permainan baharu mereka yang lain seperti Wild Rift dan Legends of Runeterra. Para pemain yang mahu memainkan versi mudah alih ini perlu menggunakan akaun Riot Games bagi memainkannya kelak.

Pradaftar Teamfight Tactics bagi platform Android boleh dilakukan di pautan ini.