Dota 2

Nigma Menjuarai Kejohanan Dota 2 WePlay Bukovel Minor – Akan Mara Ke Leipzig

9 bulan lalu

Nigma Menjuarai Kejohanan Dota 2 WePlay Bukovel Minor – Akan Mara Ke Leipzig

Organisasi serba baharu, Team Nigma memperoleh kejuaraan pertama mereka selepas menewaskan pasukan Royal Never Give Up (RNG) di perlawanan akhir kejohanan Dota 2 Bukovel Minor.

Selepas tewas kepada RNG di pusingan pertama upper bracket dan jatuh ke lower bracket, pasukan yang dibarisi oleh bekas pemain pasukan Liquid pada musim lalu itu membuktikan mereka masih lagi pasukan yang perlu digeruni.

Mereka membenam kedua-dua pasukan Gambit dan Geek Fam di lower bracket untuk mara kembali bertemu dengan RNG di perlawanan akhir kejohanan. Walaupun tewas pada perlawanan pertama di siri terakhir ini, pasukan Nigma bangkit di perlawanan kedua memberikan tentangan sengit kepada RNG. Perlawanan kedua tersebut berlangsung sehingga ke minit 80 dengan ancient RNG akhirnya meledak.

Berbekalkan momentum tersebut, Nigma kemudiannya meneruskan penguasaan mereka di perlawanan ketiga dan kali ini memaksa RNG mengangkat bendera putih seawal minit ke-23. Barisan hero yang dipilih oleh RNG gagal mengekang Phantom Lancer yang dimainkan oleh Miracle-.

Pada perlawanan keempat, pasukan RNG kembali bangkit dan menguasai perlawanan. Mereka bermain dengan amat baik bagi memastikan peluang mereka merangkul kejuaraan masih lagi di dalam genggaman. Pada satu-satu masa, mereka mendahului pasukan Nigma dengan lebih 40 ribu emas. Namun begitu, cubaan mereka untuk memusnahkan pengkalan pasukan Nigma asyik dinafikan sehinggalah akhirnya cubaan terakhir mereka menemui kegagalan dan berjaya meberikan pasukan Nigma peluang untuk memanfaatkannya.

Pasukan Nigma mara ke pengkalan pasukan RNG dan terus menyerang menara tahap ke-4 pasukan RNG. RNG cuba mempertahankan pengkalan mereka namun pasukan Nigma berjaya menggunakan wombo kombo dengan tepat bagi memastikan pemain carry pasukan RNG hanya dapat memerhatikan ancient mereka dimusnahkan.

Sebagai juara keseluruhan kejohanan, pasukan Nigma akan mara ke kejohanan DreamLeague Leipzig Major. Mereka turut membawa pulang piala kejohanan, 140 mata DPC dan wang sebanyak USD72,000.

Keputusan penuh pusingan akhir. – Sumber: Liquipedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments