League of Legends

Riot Mempersembahkan Video Sinematik Menjelang Bermulanya Musim 2020 League of Legends

10/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Riot Mempersembahkan Video Sinematik Menjelang Bermulanya Musim 2020 League of Legends

Bacaan: < 1 minit

Bagi menyambut ketibaan musim kompetitif 2020 League of Legends, Riot Games telah hadir memuatnaik sebuah video animasi sinematik khas bertajuk Warriors.

Riot Games bersama dengan komposer 2WEI dan penyanyi Edda Hayes telah mengulah semula lagu Warrior oleh Imagine Dragon bagi mengiringi video sinematik tersebut. Lagu ini juga merupakan lagu tema bagi kejohanan Worlds 2014 yang lalu.

Riot Games sudah tidak asing lagi dengan penghasilan video animasi berkualiti tinggi yang sering diadakan bagi acara-acara penting permainan League of Legends dan video baharu ini juga tidak terkecuali darinya.

Video ini dipenuhi dengan pertarungan diantara watak-watak di dalam alam semesta League of Legends seperti Kai’Sa, Garen, Galio, Lux dan lain-lain. Selepas video ini, Riot Games akan mendedahkan pelbagai lagi perkara menarik bagi musim hadapan bermula dengan corak permainan dan permainan beranking sehinggalah kepada aspek lainnya seperti kostum bahar permainan. Bagi tempoh enam hari, ia akan diperkenalkan satu persatu di laman ini.