Dota Underlords

Dota Underlords Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Februari Ini

7 bulan lalu

Dota Underlords Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Februari Ini

Permainan autobattler yang dibangunkan oleh Valve, Dota Underlords diumumkan bakal mengakhiri ujian beta tidak lama lagi dan secara rasminya memulakan musim pertama permainan tersebut.

Berada di dalam fasa akses awal semenjak bulan Jun 2019 lalu, dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada akhir Februari depan. Bagi musim pertama kelak, Dota Underlords bakal membawakan beberapa fungsi baharu terhadap permainan tersebut seperti pengenalan kepada City Crawl, mod permainan perseorangan dengan misi tersendiri dan juga pengenalan rasmi kepada Battlepass berbayar yang membawakan kandungan tambahan kedalam permainan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments