Dota 2

Valve Mengacahkan Episod Terbaru Dokumentari True Sight Berkisahkan Perlawanan Akhir The International 2019

11 bulan lalu

Valve Mengacahkan Episod Terbaru Dokumentari True Sight Berkisahkan Perlawanan Akhir The International 2019

Siri dokumentari Dota 2 yang dihasilkan oleh Valve iaitu True Sight bakal hadir dengan sebuah episod baharu berkisahkan tentang perlawanan akhir kejohanan The International 2019 tidak lama lagi.

Sudah menjadi tradisi bagi siri dokumentari itu memperlihatkan segala yang terjadi di belakang tabir bagi kedua-dua pasukan yang dalam usaha mereka merangkul Aegis of Champions. Pada bulan Ogos yang lalu, OG Esports bertemu dengan pasukan Team Liquid (pemain kini beralih ke pasukan Nigma) di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Pasukan OG berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama memiliki dua Aegis of Champions. Siaran perdana episod terbaru True Sight ini akan diadakan di Babylon Theatre, Berlin, Jerman pada 28 Januari ini (waktu tempatan). Pasukan OG dan Team Nigma akan menghadiri acara tersebut disamping hos, OD Pixel dan Fogged dan juga penemuramah SirActionSlacks dan Kaci Aitchison.

Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui laman Steam.tv dan juga Twitch. Dokumenari ini juga akan dimuatnaik ke laman Youtube selepas acara tersebut berakhir untuk ditonton umum.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments