CSGO

Momen Happy Memperoleh Ace Menentang TSM Dipilih Sebagai Persembahan Terbaik Dekad Ini Oleh Komuniti CS:GO

02/01/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Momen Happy Memperoleh Ace Menentang TSM Dipilih Sebagai Persembahan Terbaik Dekad Ini Oleh Komuniti CS:GO

Bacaan: < 1 minit

Tibanya tahun 2020 memperlihatkan ramai umum memperingati semula perkara-perkara menarik yang telah terjadi sepanjang dekad dahulu.

Counter-Strike: Global Offensive, salah sebuah permainan paling popular di dunia tidak ketinggalan untuk menyambut dekad baharu ini dan menerusi laman Twitter mereka telah meminta komuniti untuk menyenaraikan saat-saat terbaik permaina tersebut semenjak ia dilancarkan pada tahun 2012 lalu.

Senarai lapan momen terbaik kemudiannya dimasukkan ke dalam pengundian. Selepas tamat proses pengundian ini, momen yang telah dipilih oleh komuniti sebagai momen terbaik dekad ini bagi permainan tersebut adalah persembahan Vincent “Happy” Cervoni Schopenhauer yang berjaya memperoleh Ace menggunakan pistol Deagle ketika menentang pasukan TSM di kejohanan DreamHack Open London 2015.

Persembahan tersebut memperoleh lebih 28 ribu undian dari komuniti menewaskan persembahan lainnya yang disenaraikan. Berikut pula merupakan keputusan bagi lapan momen lainnya yang berjaya memasuki senarai akhir.