Dota 2

Valve Saman GESC Kerana Gagal Lunas Pembayaran Kejohanan Dota 2 Minor Tahun Lalu

21/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Saman GESC Kerana Gagal Lunas Pembayaran Kejohanan Dota 2 Minor Tahun Lalu

Bacaan: < 1 minit

Valve hari ini didedahkan telah memfailkan saman terhadap penganjur kejohanan, GESC yang bertanggungjawab manganjurkan kejohanan Dota 2 Minor GESC Thailand dan GESC Indonesia pada tahun 2018 yang lalu.

Saman ini adalah terhadap kegagalan GESC melunaskan pembayaran kepada staff, agensi, pemain dan pasukan yang terlibat dengan kedua-dua kejohanan tersebut. GESC dilaporkan berhutang lebih USD750,000 kepada mereka.

Pada Oktober tahun lalu, sepucuk surat terbuka juga telah dikeluarkan oleh sekumpulan pihak yang terlibat meminta Valve campur tangan di dalam hal ini. Dan kini, lebih setahun berlalu, Valve akhirnya mulai mengambil langkap untuk menyelesaikan masalah hutang ini.

Sumber : Dot Esports