Steam

Jualan Musim Sejuk 2019 Steam Bermula Dan Berterusan Sehingga Januari

10 bulan lalu

Jualan Musim Sejuk 2019 Steam Bermula Dan Berterusan Sehingga Januari

Bermula hari ini sehingga 3 Januari depan, Steam sedang mengadakan jualan musim sejuk seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pelbagai permainan ditawarkan dengan diskaun khas bagi menyambut musim percutian ini. Antara permainan yang menerma diskaun ialah Red Dead Redemption 2 (-75%), PlayerUnknown’s Battlegrounds (-50%), Sekiro: Shadows Die Twice dan pelbagai lagi.

Para pelanggan juga boleh menyertai buruan musim cuti iaitu Mayor Carol’s ‘The Good List’ bagi mendapatkan token khas yang boleh ditebus di Steamville Holiday Market. Di sini, pemain boleh menebus token menjadi kupon diskaun RM20 dan emotikon, pelekat, hiasan profil dan pelbagai lagi. Token ini juga boleh diperoleh menerusi pembelian permainan dan perisian di Steam.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments