Epic Games

Epic Games Store Menawarkan 12 Permainan Percuma Dan Pelbagai Diskaun Sempena Jualan Musim Sejuk 2019

12 bulan lalu

Epic Games Store Menawarkan 12 Permainan Percuma Dan Pelbagai Diskaun Sempena Jualan Musim Sejuk 2019

Seperti Steam, kedai permainan dalam talian Epic Games Store turut hadir dengan jualan musim sejuk tersendiri mereka menawarkan pelbagai diskaun dan jualan khas bagi menyambut musim percutian tahun ini.

Pertama sekali, Epic Games memberikan kupon USD10 secara terus kepada para pelanggan tanpa perlu melakukan apa-apa. Kupon ini boleh digunakan untuk pembelian permainan dengan harga USD14.99 dan keatas. Kupon ini boleh ditebus di laman jualan di sini.

Epic Games juga akan memberikan sebuah permainan percuma setiap hari selama 12 hari kepada pelanggan mereka. Bagi hari pertama ini, pelanggan boleh menebus permainan Into The Breach oleh Subset Games secara percuma.

Dan seperti biasa, pelbagai permainan lainnya juga menerima diskaun khas bagi tempoh jualan ini. Antara permainan yang menerima diskaun adalah Division 2, Borderlands 3, Outer Worlds, Red Dead Redemption 2, Satisfactory, World War Z dan pelbagai lagi. Jualan musim sejuk oleh Epic Games ini akan tamat pada 1 Januari 2020 kelak.

Antara permainan yang menerima diskaun di Epic Games Store.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments