League of Legends

9 Daripada 10 Pasukan Yang Akan Menyertai Musim Sulung Pacific League Championship Series (PCS) Diumumkan

20/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

9 Daripada 10 Pasukan Yang Akan Menyertai Musim Sulung Pacific League Championship Series (PCS) Diumumkan

Bacaan: < 1 minit

Pada bulan September yang lalu, liga League of Legends The League Master Series (LMS) dan LoL Southeast Asia Tour (LST) diumumkan akan digabungkan sebagai Pacific League Championship Series (PCS) bermula pada tahun 2020.

Perubahan ini adalah bagi menaiktaraf tahap kompetitif bagi kedua-dua liga yang pada ketika ini masih lagi amat rendah berbanding dengan liga-liga League of Legends lainnya. Terkini, Riot Games mengumumkan bahawa liga PCS akan bermula pada 8 Februari depan dan 9 daripada 10 pasukan yang akan bertanding di dalam liga tersebut telah pun didedahkan.

Berikut adalah pasukan-pasukan tersebut:

  • ahq eSports Club (Taipei)
  • Alpha Esports (Taipei)
  • J Team (Taipei)
  • G-Rex Gaming (Hong Kong)
  • Hong Kong Attitude (Hong Kong)
  • Resurgence (Singapore)
  • Liyab Esports (Manila)
  • Nova Esports (Bangkok)
  • Talon (Hong Kong)

Baki sebuah lagi pasukan akan diumumkan pada awal tahun hadapan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Riot Games, FunPlus Esports dan Garena akan bekerjsama dengan organisasi-organisasi ini bagi berusaha menambah besar kumpulan peminat mereka dan juga usaha dalam mencari peluang meningkatkan pendapatan kewangan.

Liga PCS ini akan menggunakan format baharu dimana jmlah perlawanan akan bertambah berbanding dengan musim LST sebelum ini. Format perlawanan pula adalah terbaik dari satu perlawanan (BO1) dengan pusingan akhir diadakan di dalam format kalah mati dua kali (Double Elimination).

Siaran rasmi akan ditawarkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, dan bahasa Thailand. Para peminat yang mahu mengikuti perkembangan semasa liga boleh mengikuti laman Facebook mereka disini.