Dota Underlords

Jull Kini Boleh Dimainkan Di Dota Underlords

8 bulan lalu

Jull Kini Boleh Dimainkan Di Dota Underlords

Underlords ketiga White Spire kini boleh dimainkan. Dota Underlords hari ini memperkenalkan karekter unik baharu ketiga mereka iaitu Jull. Merupakan ahli perniagaan dan gangster di White Spire, Jull adalah salah sebuah karekter yang sedang mencuba untuk mengantikan Momma Eeb.

Selain daripada Jull, kemaskini terbaru Dota Underlords ini membawakan pelbagai perubahan yang diminta komuniti. Antaranya adalah perubahan kepada corak permainan dimana beberapa perubahan telah dilakukan. Pertama sekali, pemain kini tidak lagi memulakan permainan biasa dengan memilih karekter ‘Underlords’. Proses pemilihan ini akan dilakukan pada pusingan ke-10 permainan.

Para pemain sebelum ini memberi maklumbalas bahawa pemilihan karekter Underlords di awal permainan memaksa mereka untuk kekal pada satu corak permainan sahaja menyebabkan ramai pemain memilih karekter yang sama. Dengan perubahan baharu ini, pemain kini boleh memilih karekter Underlords usai mereka selesa dengan barisan hero yang dimiliki mereka menjelang pusingan ke-10.

Talent‘ bagi Underlords juga kini telah dibuang keluar dan digantikan dengan stail pertarungan. Setiap Underlords mempunyai dua jenis stail yang akan ditawarkan secara rawak sebagai contohnya, Jull dengan stail pertarungan ‘Aggresive Tank‘ atau Anessix dengan stail pertarungan ‘Healing Support‘.

Selain daripada perubahan pada Underlords ini, pusingan Creep kini juga telah dibuang keluar dari permainan. Pemain kini akan memulakan permainan dengan tiga slot hero, lima emas dan tiga tahap memberikan masa permainan yang lebih singkat.

Dota Underlords juga memperkenalkan mekanik permainan baharu iaitu ‘Jailbreak’. Pemain boleh membeli hero yang dipenjarakan di dalam kedai permainan. Ini membolehkan pemain melengkapkan ‘alliance‘ mereka tanpa perlu risau dengan ‘rng‘ sistem penjara.

Akhir sekali, sebilangan hero kini telah dikeluarkan dari permainan bagi persediaan menjelang musim pertama permainan. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Dota Underlords akan melakukan putaran hero dari masa ke masa bagi mengelakkan permainan dari menjadi bosan dengan bilangan hero yang kekal sama.

Nota lengkap segala perubahan yang hadir pada kemaskini terbaru ini boleh dibaca di sini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments