Dota 2

Flockheart’s Gamble, Arcana Bagi Ogre Magi Kini Boleh Dimiliki

19/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Flockheart’s Gamble, Arcana Bagi Ogre Magi Kini Boleh Dimiliki

Bacaan: < 1 minit

Ogre Magi, pemenang bagi undian arcana pada Battlepass kejohanan The International 2019 kini menerima kostum arcana tersebut, digelar sebagai Flockheart’s Gamble.

Ogre Magi menewaskan Windranger pada pusingan akhir undian tersebut dengan nilai 30,210,077 undian berbanding Windranger yang memperoleh 23,505,924 undian. Arcana Flockheart’s Gamble ini hadir dengan pelbagai animasi dan efek khas termasuklah Flockheart, burung Firelark yang ditunggang Ogre Magi.

Arcana ini juga hadir dengan model baharu, efek khas bagi setiap abiliti dan potrait dan juga termasuklah efek khas bagi item ‘Hand of Midas’. Dari segi suara pula, arcana ini tiba dengan lebih 300 barisan suara baharu eksklusif.

Arcana ini boleh dibeli dengan harga RM145.00 di dalam klien permainan Dota 2 atau di kedai dalam talian Dota 2. Bagi yang membeli sebelum 18 Januari 2020 depan, anda juga akan menerima versi ‘Exalted’ secara percuma.

Selain daripada pengenalan kepada arcana ini, Dota 2 juga membawakan Frostivus Rewards Line dan Winter Treasure 2019 bagi menyambut musim sejuk 2019. Selamat Hari Natal.