Penstriman

Adidas Bekerjasama Dengan Ninja – Hadir Dengan Kasut Rekaan Khas

11 bulan lalu

Adidas Bekerjasama Dengan Ninja – Hadir Dengan Kasut Rekaan Khas

Penstrim permainan video terkemuka, Richard Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja pada bulan Ogos lalu telah mengumumkan bahawa beliau dan syarikat pakaian sukan Adidas telah menandatangani kerjasama berbilang tahun bersama.

Kini, produk rasmi bertemakan Ninja sah akan dihasilkan oleh Adidas, iaitu sebuah kasut. Dibawah jenama ‘Time In’, kasut ini memfokuskan kepada dedikasi Ninja terhadap karier penstriman beliau. Sebelum beliau dikenali ramai, Ninja telah meluangkan lebih 20 ribu jam masa melakukan penstriman tanpa berputus asa walapun tidak ditonton ramai.

Kini, beliau adalah penstrim paling popular di dunia dan adalah antara gamer paling dikenali masyarakat umum. Walaupun kasut ini boleh dilihat pada laman pratonton khas di laman web Adidas Malaysia, ia pada ketika ini masih lagi belum disenaraikan di katalog laman web tersebut.

Memandangkan ia akan dijual bermula pada 31 Disember kelak, mungkin ia akan disenaraikan di dalam masa terdekat kelak. Menurut laman katalog Adidas Amerika Syarikat, kasut jeni Nite Jogger ini akan hadir bagi kategori Men’ Originals dan Youth Original pada harga USD150 dan USD120 setiap satu.

Layari: Adidas Malaysia

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments