Dota 2

Acara Utama Kejohanan The International 10 Akan Berlangsung Pada 18 Sehingga 23 Ogos 2020

12 bulan lalu

Acara Utama Kejohanan The International 10 Akan Berlangsung Pada 18 Sehingga 23 Ogos 2020

Valve hari ini mengumumkan bahawa acara utama kejohanan Dota 2 The International 2020 (TI10) akan berlangsung pada 12 sehingga 23 Ogos 2020.

Pengumuman ini dilakukan awal bagi membolehkan para peminat dan pemain untuk merancang perjalanan dan percutian mereka dengan lebih baik. Edisi ke-10 ini akan berlangsung di Ericsson Globe di Stockholm, Sweden yang mampu memuatkan seramai 16,000 pengunjung.

Ini merupakan kali pertama kejohanan ini bakal kembali ke benua Eropah semenjak dari tahun 2011. Kejohanan Dota The International merupakan penutup kepada musim kompetitif Dota 2 Pro Circuit. Ia adalah antara kejohanan esukan terbesar di dunia dan merupakan pemegang rekod semasa bagi kejohanan esukan dengan hadiah keseluruhan terbesar.

Tahun ini, pasukan OG mencipta rekod menjadi pasukan pertama menjuarai kejohanan tersebut buat kali kedua dan juga yang pertama menjuarainya bagi dua edisi berturut-turut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments