Dota 2

Kejohanan Major Terakhir Bagi Dota 2 Untuk Musim Ini Akan Dilangsungkan Di Singapura

18/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Kejohanan Major Terakhir Bagi Dota 2 Untuk Musim Ini Akan Dilangsungkan Di Singapura

Bacaan: < 1 minit

Singapura diumumkan bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan Dota 2 bertaraf major pada tahun hadapan. PGL dan One Esports hari ini mengumumkan bahawa mereka akan berkerjasama bagi menganjurkan kejohanan major kelima dan terakhir musim DPC 2019/2020 ini.

Kejohanan terakhir sebelum berlangsungnya kejohanan The International 2020 itu bakal berlangsung di Stadium Tertutup Shrine Singapore pada 20 sehingga 28 Jun 2020. Seperti kejohanan Dota 2 bertaraf major lainnya, ia akan mempertandingkan 16 pasukan bagi merebut hadiah sebesar USD1 juta dan 15,000 mata DPC.

Selain daripada itu, PGL dan One Esports juga turut mengumumkan sebuah lagi kejohanan Dota 2 akan dilangsungkan mereka iaitu One Esports Dota 2 Jakarta Invitational yang akan berlangsung pada 17 sehingga 19 April tahun hadapan.

Perincian mengenainya masih lagi tidak lengkap namun ia bukanlah sebuah kejohanan di bawah siri DPC. Slot kelayakan bagi kejohanan ini akan dibuka kepada beberapa negara di Asia Pasifik.