CSGO

CS:GO Menambah Masuk Pek Muzik Oleh Scarlxrd

18/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

CS:GO Menambah Masuk Pek Muzik Oleh Scarlxrd

Bacaan: < 1 minit

Pada kemaskini terbaru permainan Counter-Strike: Global Offensive yang dilancarkan semalam, sebuah pek muzik baharu kini boleh dibeli pemain.

Pek muzik tersebut ialah ‘King, Scar’ yang dihasilkan oleh Scarlxrd, seorang pemuzik/rapper dari United Kingdom. Pek muzik ini hadir dengan muzik hip-hop, trap metal dan rap metal. Bagi anda yang tidak mengenali Scarlxrd, muzik yang dihasilkan oleh beliau juga mempunyai elemen bertemakan budaya berasal dari Jepun terutamanya anime.

Para pemain agak terkejut dengan penambahan pek muzik ini terutamanya ia adalah dari genre muzik yang jarang ditambah masuk ke permainan arus perdana.