CSGO

Rio de Janeiro Akan Menjadi Tuan Rumah Bagi Kejohanan Major Pertama CS:GO Tahun Hadapan

12 bulan lalu

Rio de Janeiro Akan Menjadi Tuan Rumah Bagi Kejohanan Major Pertama CS:GO Tahun Hadapan

Untuk pertama kalinya, benua Amerika Selatan bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan CS:GO bertaraf major.

ESL hari ini secara rasminya mengumumkan penganjuran ESL One Rio 2020 pada 11 sehingga 24 Mei tahun hadapan. 24 pasukan akan hadir bertarung di Jeunesse Arena bagi merebut hadiah sebesar USD1 juta yang ditawarkan.

Berikut adalah senarai pasukan ‘Legends’ yang telah mengesahkan tempat di kejohanan ini:

  • Astralis
  • Avangar
  • 100 Thieves
  • Evil Geniuses
  • ENCE
  • Team Vitality
  • Natus Vincere
  • Team Liquid

Dan berikut pula adalah senarai pasukan ‘challenger’:

  • Mousesports
  • G2 Esports
  • CR4ZY
  • MIBR
  • FaZe Clan
  • North

Kejohanan ini jga merupakan salah sebuah kejohanan dibawah siri ESL Pro Tour bertaraf Master. Penganjuran ini pastinya dinanti-nantikan ramai peminat di benua tersebut yang sudah terkenal dengan jumlah peminat dan pemain permainan CS:GO. Bahkan, bintang bolesepak berasal dari Brazil, Neymar terkenal sering bermain permainan CS:GO bersama-sama dengan rakan sepasukan beliau.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments