Riot Games

Riot Games Mengumumkan Label Riot Forge Bagi Menerbitkan Permainan Berteraskan League of Legends Oleh Pihak Ketiga

07/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Riot Games Mengumumkan Label Riot Forge Bagi Menerbitkan Permainan Berteraskan League of Legends Oleh Pihak Ketiga

Bacaan: < 1 minit

Tidak cukup dengan pelbagai permainan baharu yang diumumkan semasa sambutan ulangtahun ke-10 League of Legends tempoh hari, Riot Games kini mengumumkan Riot Forge, syarikat label khas bagi menerbitkan permainan oleh pembangun pihak ketiga berdasarkan harta intelek League of Legends.

Melalui label ini, studio pembangun pihak ketiga boleh membangunkan permainan menggunakan kandungan dari alam semesta Runeterra. Pihak pembangun yang terpilih boleh memilih apa sahaja platform bagi permainan yang mahu dibangunkan mereka.

Permainan ini kemudiannya akan diterbitkan secara rasmi oleh Riot Forge. Menurut kakitangan Riot Games, Bret Forbus, Riot Forge akan membawakan permainan berteraskan penceritaan (story based) dan permainan perseorangan. Salah sebuah projek yang akan hadir daripada label ini akan diumumkan secara rasminya di acara The Game Awards tidak lama lagi.