Esukan Tempatan

Keputusan Acara Esukan Di Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina (SEA Games)

07/12/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Keputusan Acara Esukan Di Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina (SEA Games)

Bacaan: 2 minit

Sukan Asia Tenggara 2019 sedang meriah berlangsung pada ketika ini di Filipina. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah, temasya ini telah menambah masuk acara esukan sebagai acara berpingat.

Sebanyak 6 permainan telah dipilih untuk dipertandingkan iaitu Dota 2, Arena of Valor, Mobile Legends Bang Bang, Hearthstone, Starcraft II dan Tekken 7. Malaysia telah mengadakan sesi pemilihan atlet sebelum ini bagi mewakili negara. Atlet-atlet yang melepasi pusingan kelayakan ini kemudiannya dibawa masuk ke kem latihan khas bagi melatih mereka ke tahap terbaik.

Bagi menambah lagi kemeriahan ini, Domino’s Pizza Malaysia juga telah menawarkan bekalan pizza percuma selama 10 tahun kepada atlet esukan negara sekiranya mereka berjaya memperoleh pinggat emas.

Berikut adalah keputusan bagi peringkat akhir acara esukan di Temasya Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina (2019 SEA Games).

*Keputusan peringkat kumpulan tidak dipaparkan.

Kedudukan pingat bagi setiap negara bagi kategori esukan.
Mobile Legends Bang Bang
Arena of Valor
Dota 2
Starcraft II
Tekken 7