CSGO

Beberapa Pemain Pasukan CSGO Bagi Cloud9 Berpindah Ke Gen.G

07/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Beberapa Pemain Pasukan CSGO Bagi Cloud9 Berpindah Ke Gen.G

Bacaan: < 1 minit

Menjelang tibanya tahun baru 2020 tidak lama lagi, arena kompetitif Counter-Strike: Global Offensive dilihat bertambah meriah selepas pelbagai organisasi esukan mengumumkan kemasukan mereka ke dunia esukan CS:GO.

Selepas Evil Geniuses, 100 Thieves, Team Secret dan OG Esports, organisasi terbaru yang mengumumkan pasukan CS:GO tersendiri mereka adalah Gen.G (Generation Gaming). Organisasi yang terkenal dengan pasukan Seoul Dynasty di Liga Overwatch itu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Clouud9 bagi mengambilalih tiga orang pemain mereka iaitu Timothy “autimatic” Ta, Damian “daps” Steele, and Kenneth “koosta” Suen.

Selain daripada itu, pembantu jurulatih pasukan Cloud9 iaitu Christopher “Elmapuddy” Tebbit akan turut sama berpindah bersama-sama dengan tiga orang pemain tersebut. Buat masa ini, baki dua orang pemain yang akan melengkapkan skuad CS:GO Gen.G itu masih lagi belum diumumkan namun khabar angin menyatakan bahawa salah seorang daripadanya ialah Sam “s0m” Oh.

Bagi Cloud9 pula, mereka pada ketika ini mempunyai Oscar mixwell CaƱellas sebagai satu-satunya pemain rasmi disertai oleh pemain percubaan iaitu Yassine “Subroza”‘ Taoufik dan ketua jurulatih iaitu James “JamezIRL” Macaulay. Cloud9 menyatakan bahawa mereka akan mendedahkan perancangan lanjut mengenai skuad ini di dalam masa terdekat kelak.

Sumber: Cloud9


*Kemaskini: 10 Disember 2019

Gen.G kini telah mengesahkan bahawa Sam “s0m” Oh adalah pemain keempat skuad CS:GO mereka. Namun begitu, pemain kelima masih lagi tidak mempunyai ahlinya dan pasukan itu akan menggunakan khidmat Hunter “SicK” Mims sebagai pemain sementara.