Dota 2

Senarai Pasukan Yang Melayakkan Diri Ke Dreamleague S13: The Leipzig Major

10 bulan lalu

Senarai Pasukan Yang Melayakkan Diri Ke Dreamleague S13: The Leipzig Major

Selepas kemaskini terbaru Dota 2 berjaya memporak-perandakan pusingan kelayakan bagi kejohanan Dreamleague S13: The Leipzig Major, senarai 15 pasukan yang akan hadir ke kejohanan tersebut kini telah pun diketahui.

Beberapa pasukan yang telah memilih untuk berehat dan melangkaui siri kejohanan pertama DPC tempoh hari seperti Team Secret, Nigma dan PSG.LGD juga telah menyertai pusingan kelayakan kali ini.

Bagi rantau Asia Tenggara, pasukan Fnatic dan Reality Rift menjadi pemilik dua slot pertama rantau ini. Fnatic mempamerkan prestasi cemerlang di patch terbaru ini dengan memenangi kesemua perlawanan mereka. Mereka akan ditemani oleh Reality Rift yang dibarisi pemain veteran negara, KyXy dan beberapa nama lain yang tidak kurang popular seperti Alacrity- dan Nutz.

Slot ketiga bagi Asia Tenggara pula dimiliki oleh TNC Predator. Walaupun baru sahaja menjuarai kejohanan Major pertama musim ini, TNC bermain goyah dan terpaksa bekerja keras untuk memperoleh slot mereka. Mereka juga memenangi perlawanan penentuan mereka secara percuma selepas pasukan lawan, Cignal Ultra terpaksa mengundur diri akibat masalah talian internet yang terputus.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang telah melayakkan diri ke The Leipzig Major:

Asia Tenggara:

  • Fnatic
  • Reality Rift
  • TNC Predator

China:

  • Invicus Gaming
  • Vici Gaming
  • Team Aster

CIS:

  • Virtus Pro
  • Natus Vincere

Amerika Utara:

  • Chaos Esports Club
  • Evil Geniuses

Amerika Selatan:

  • Pain Gaming
  • Beastcoast

Eropah

  • Team Liquid
  • Alliance
  • Team Secret

Dan seperti biasa, slot terakhir kejohanan Major ini akan dimiliki oleh pemenang bagi kejohanan Minor kelak iaitu WePlay! Bukovel Minor 2020. Pusingan kelayakan bagi kejohanan tersebut sedang berlangsung pada ketika ini.

Berikut pula adalah senarai pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan WePlay! Bukovel Minor 2020:

Asia Tenggara:

  • Cignal Ultra
  • Neon Esports
  • Geek Fam
  • Boom Esports

Eropah:

  • Nigma
  • Ad Finem
  • Vikin.gg
  • Team singularity

CIS:

  • Team Spirit
  • Gambit Esports
  • Gentlemen
  • Hellraiser

Amerika Utara

  • Fighting Pandas
  • Ninjas in Pyjamas
  • J.Storm
  • Team Xolotl

Amerika Selatan:

  • Egoboys
  • Vicious Gaming
  • Furia Esports
  • Gorillaz Pride

Sementara itu, antara pasukan dan individu ternama yang gagal melepasi pusingan kelayakan bagi kedua-dua major dan minor pula adalah SEAMonkeys yang dibarisi oleh MidOne, Brothers United oleh Mushi dan Ohaiyo, PSG.LGD, T1, Alpha x Hashtag dan Geek Fam. Mereka ini terpaksa menunggu siri kejohanan Major dan Minor ketiga kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments