CSGO

OG Memperkenalkan Barisan Pemain Bagi Pasukan CS:GO Mereka

05/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

OG Memperkenalkan Barisan Pemain Bagi Pasukan CS:GO Mereka

Bacaan: < 1 minit

Selepas sekian lama ura-ura mengenainya berterbangan, OG Esports akhirnya kini telah memperkenalkan barisan pemain pasukan Counter-Strike: Global Offensive mereka secara rasminya.

Berikut adalah barisan pemain bagi skuad serba baharu ini:

  • Nathan Jordan “NBK-” Schmitt
  • Aleksi Antti Kaarlo “Aleksib” Virolainen
  • Valdemar Bjørn “valde” Vangså
  • Issa Sameer Issa “ISSAA” Murad
  • Mateusz “mantuu” Wilczewski

Ini merupakan kali pertama organisasi tersebut melebarkan sayap mereka ke sebuah permainan lain selain daripada Dota 2. Terkenal dengan skuad Dota 2 yang merupakan organisasi/pasukan pertama menjuarai kejohanan The International dua kali berturut-turut, OG juga baru-baru ini memperkenalkan skuad Dota 2 kedua mereka yang dikenali sebagai OG Seed.