Riot Games

Riot Games Perlu Membayar USD10 Juta Bagi Penyelesaian Kes Diskriminasi Jantina

03/12/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Riot Games Perlu Membayar USD10 Juta Bagi Penyelesaian Kes Diskriminasi Jantina

Bacaan: < 1 minit

Pada tahun 2018 yang lalu, Riot Games telah didedahkan mengamalkan diskriminasi jantina di dalam syarikat tersebut.

Lanjtan daripada itu, dua wanita, seorang pekerja dan bekas pekerja syarikat tersebut telah memfailkan saman tindakan kelas berkaitan dengan isu diskriminasi jantina tersebut pada bulan November 2018. Melalui dokumen yang difailkan ke mahkamah baru-baru ini, kes tesebut telah menerima penyelesaiannya.

Pembangun permainan League of Legends itu akan membayar pekerja wanita mereka yang bekerja dengan Riot Games bermula November 2014 sehingga kini, sekitar 1000 pekerja sejumlah wang dari dana sebesar USD10 juta.

Nilai yang akan diterima setiap pekerja tersebut adalah berbeza dan akan ditentukan melalui jenis pekerja sama ada tetap atau kontraktor dan tempoh masa pekerjaan mereka.

Sumber : La Times