Dota 2

OG Akan Turut Melangkau Siri Kedua Kejohanan DPC Namun Hantar Skuad Projek Baharu Digelar OG Seed

12 bulan lalu

OG Akan Turut Melangkau Siri Kedua Kejohanan DPC Namun Hantar Skuad Projek Baharu Digelar OG Seed

Siri pertama kejohanan DPC bagi musim 2019-2020 telah pun berlalu memperlihatkan pasukan Invictus Gaming menjadi juara kejohanan Dota Summit 11 Minor manakala pasukan TNC Predator menjulang piala MDL Chengdu Major.

Seperti yang ramai sedia maklum, beberapa pasukan ternama seperti Team Secret, OG dan PSG.LGD telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai siri pertama tersebut. Di dalam perkembangan terkini, juara bertahan dua tahun berturut-turut bagi kejohanan Dota 2 The International, OG hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk turut melangkaui siri kejohanan DPC kedua iaitu WePlay! Bukovel Minor 2020 dan DreamLeague Major (Season 13).

Namun begitu mereka masih akan terlibat dengan kedua kejohanan ini menerusi penubuhan sebuah pasukan Dota 2 baharu dibawah organisasi mereka yang diberi nama OG Seed. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh OG, selepas memperoleh pelbagai kejayaan sepanjang pasukan ini wujud, mereka mahu membantu mereka yang lain untuk turut sama memperoleh kejayaan.

Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk hadir dengan projek khas ini dimana mereka akan membantu sebuah skuad serba baharu cuba mencapai impian mereka. Mengulas lebih lanjut mengenainya, kemenangan dan kekalahan bukanlah fokus utama pasukan ini dan skuad utama OG akan memfokuskan usaha mereka bagi membantu OG Seed untuk menambahbaik diri mereka.

Usaha ini akan dilakukan sehingga tibanya siri ketiga DPC kelak dimana skuad asal OG akan kembali bertanding. Berikut adalah para pemain di dalam pasukan OG Seed:

  • Rasmus Johan “Chessie” Blomdin
  • Omar Mohammad “Madara” Dabachach
  • Peetu-Elmeri “Peksu” Väätäinen
  • Andreas Per “Xibbe” Ragnemalm
  • Zakari William Lee “Zfreek” Freedman
  • (Jurulatih: OG)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments