Dota Underlords

Void Spirit, Spitfire Dan Mod Permainan Pantas Kini Hadir Bagi Dota Underlords

8 bulan lalu

Void Spirit, Spitfire Dan Mod Permainan Pantas Kini Hadir Bagi Dota Underlords

Selain daripada permainan Dota 2, kemaskini The Outlanders juga hadir serentak bagi permainan Dota Underlords membawakan beberapa perkara baharu.

Untuk permulaan, dua hero baharu iaitu Void Spirit dan Spitfire juga kini boleh dimainkan di dalam permainan ini. Void Spirit juga akan membawa kaum beliau bersama tidak lama lagi dengan penambahan Alliance baharu iaitu Spirit. Antara hero yang berada di dalam alliance ini adalah Void Spirit, Ember Spirit, Storm Spirit dan Earth Spirit.

Selain itu, mod permainan pantas yang diminta ramai juga kini boleh dimainkan. Digelar sebagai Knockout, pemain kini hanya mempunyai 4 nyawa dan sebilangan hero pra-dapat membolehkan permainan dimainakan dan ditamatkan dengan lebih pantas berbanding permainan biasa.

Pihak pembangun juga telah menambah masuk tutorial baru bagi memudahkan para pemain baru untuk mempelajari umum permainan. Selain itu, antaramuka permainan bagi peranti mudah alih juga telah ditambahbaik. Pemain juga diminta untuk memberikan maklumbalas agar ia terus dapat ditambah baik.

Akhir sekali, beberapa hero juga menerima kemaskini pada butiran mereka bagi membawakan corak permainan dan kestabilan permainan yang baharu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments