Dota 2

Kemaskini The Outlanders Tiba – Dota 2 Kini Bagaikan Permainan Berbeza Dengan Pelbagai Perubahan Besar

1 tahun lalu

Kemaskini The Outlanders Tiba – Dota 2 Kini Bagaikan Permainan Berbeza Dengan Pelbagai Perubahan Besar

Masa untuk lontar keluar semua yang anda tahu mengenai Dota 2 dan pelajari semula segalanya kerana kemaskini The Outlanders telah tiba dan ia adalah kemaskini yang membawa pelbagai perubahan besar terhadap permainan ini sehinggakan ia bagaikan sebuah permainan baharu.

Seperti yang diumumkan di kejohanan The International 2019 lalu, pertama sekali kemaskini The Outlanders ini membawakan dua hero baharu iaitu Void Spirit dan Spitfire. Void Spirit merupakan hero melee bagi posisi carry manakala Spitfire pula adalah hero berjarak bagi posisi support.

Bagi perubahan di dalam corak permainan pula, antara perubahan ketara yang hadir adalah kedai sideshop kini telah dibuang keluar dari permainan dan kini digantikan dengan bangunan jenis neutral baharu iaitu Outpost. Outpost boleh dimiliki oleh kedua-dua pasukan sekiranya mereka berjaya mengambil atau merampas kawalan terhadapnya.

Ia memberikan pasukan penglihatan true sight di kawasan tersebut, memberikan mata pengalaman tambahan dan juga boleh digunakan sebagai lokasi teleportasi. Selain daripada Outpost, setiap pemain kini juga mempunyai kurier masing-masing yang juga menerima pelbagai perubahan. Kurier kini mempunyai tahap (level) pengalaman dan boleh memacak ward selepas mencapai tahap 15.

Peta permainan juga, seperti kemaskini besar lainnya menerima sedikit perubahan. Kem creep neutral kini boleh memberikan item baharu. Sebanyak 62 item neutral baharu tiba di dalam kemaskini ini.

Akhir sekali, kebanyakan hero juga menerima kemaskini. Beberapa hero menerima pengubahsuaian pada abiliti atau scepter seperti Clinkz, Dark Seer, Dazzle dan Clockwerk. Nota lengkap bagi kemaksini The Outlanders ini dengan segala perubahan lainnya (yang amat banyak) boleh dibaca di dalam klien permainan mahupun dilaman rasmi Dota 2. Seperti yang dijanjikan, kemaskini ini juga tiba serentak bagi permainan Dota Underlords.

Oh! selamat berjaya kepada pasukan yang perlu melalui pusingan kelayakan terbuka major/minor esok yang perlu menghadapi segala perubahan ini tanpa sempat bersiap sedia. F.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments